Lebih-lebih lagi dgn kehadiran penyanyi jemputan, Awang 'Thrasher', pada malam itu. Walaupon dengan ketiadaan Aceshigh, yg sedang berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini, concert 6ix tetap kecoh dgn kehadiran 357 orang penonton yg hadir.
"Penonton yg hadir amat dahsyat skali. Sejak pukol 3 petang, tiket sumer telah habis dijual" jelas Mr Bernard, pengurus studio itu.
Penonton dan peminat-peminat setia pada malam itu
Zoneng, yang nyaris tidak dapat hadir pada malam konsert tersebut, akibat masalah teknikal, muncul pada saat-saat terakhir. Mujur dgn hadirnya Awang 'Thrasher menggantikan tempat Aceshigh, beliau telah berjaya memukau penonton dgn jeritan-jeritan 'maut' nya.
Apabila ditanya, rahsia mempunyai suara dan jeritanya yg memukau itu, beliau berkata, "Hanya Allah Ta'ala saja yang tahu.."
Dengan pengalaman menganggotai kumpulan marhabban bawah block dahulu, sememangnya Awang 'Thrasher' mempunyai keistimewaan tersendiri ketika membuat persembahan. Ader sumber2 yg tak rasmi menyatakan bahawa beliau akan meminom berbotol2 air jampi sebelom membuat sesuatu persembahan.
Mungkin ia tidak dapat dinafikan, kerana pada malam itu, ada beberapa saksi telah melihat Awang membawa 6 botol air jampi masok kedalam studio.
Adakah ini satu mistik atau petua yg selalu diamalkan oleh Awang 'Thrasher'? Sama-samalah kiter renungkan.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiii.....
Photos : http://www.reverbnation.com/6ix



1 comment:
I love you too...! :)
Post a Comment