Baru-baru ini, pemain drum 'termaut' kumpulan terkental 6ix, telah menjadi "juri tak rasmi" di dalam "blogpoll solo mana paling sempoi (Round 1)".
Quote:
"Okey, firstly, terima kasih kepada Edd Vedder, Hanim Madewnus, Caspera, Zan, Zack, Sgns, Rising Dragon, Speedrider, Amir Fififudin, Karim, Aliph Jambeso dan CMK atas cadangan dan/atau undian korang. You guys rockkk!" - Nadia
Source : http://rockterusrock.blogspot.com/2008/07/blogpoll-solo-mana-paling-sempoi-round_05.html
Rising Dragon kini berada di Nevada, mengikuti latihan intensif belajar macam mana nak main drum pakai double-pedal. Ketika ditemuramah melalui satelite tentang kriteria apakah yang dinilai apabila memilih lagu-lagu tersebut, beliau berkata, "Senang jek. Memula kiter dgr kembali lagu-lagu yg telah disenaraikan. Lepas tu gie tido. Lagu yg membawa kesan akan terbawa-bawa dlm mimpi kiter. So, lagu tu lah yg saya pilih."
Memang hebat jiwa-jiwa mat rock. Sehingga seni pon dapat di nilai dalam mimpi.
"Yang penting kena banyak berlatih kaki supaya otot-otot tak kejang ketika membuat persembahan. Lepas tu kena ikut petua. Mesti makan ice-cream peddle-pop hari-hari." jelas Rising Dragon apabila ditanya kemajuan latihan bermain double-pedal.
Kini, blogpoll solo mana paling sempoi telah masok ke Round 2 dimana 10 lagu telah berjaya terpilih.
1. Srikandi Cintaku - Bloodshed
2. Dari Sinar Mata - Bumiputera Rockers
3. Sentuhan Kecundang - Ekamatra
4. Sketsa Sebuah Cinta - MAY
5. Fantasia Bulan Madu - Search
6. Isabella - Search
7. Meniti Titian Usang - Search
8. Sejuta Wajah - Sweet Charity
9. Taman Rashidah Utama - Wings
10. Sejati - Wings
Pada Round 2 ini, pilih 5 lagu yg mempunyai solo paling terhebat. Semua pengikut mazhab-mazhab rock jiwang, rock kangkang, rock leleh, rock kapak, rock otai, rock never die dan yg lain-lain, dijemput untuk mengundi sama.
Sila layari website, http://rockterusrock.blogspot.com/, untuk membuat undian online anda.
Blogpoll (Round 2) ini akan ditutup pada 7 mlm, 5 SEPTEMBER 2008. (Sebelum azan menandakan masuknya waktu berbuka puasa dikawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.)
RockTimes.com
Friday, 18 July 2008
Rising Dragon menjadi "Juri tak rasmi"
Posted by
Kolom - RockTimes.com
@
13:11
Tags blogpoll, hanya rawk n roll, juri tak rasmi, rising dragon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
wala pulos imo blog.
"wala pulos imo blog" - KAO PUNYA BELAKANG!!!! hahaha!!!
Post a Comment