Salah seorang vocalist kumpulan terkental 6ix, Aceshigh, sekarang telantar dihospital selepas menjalani pembedahan C-section. Beliau kini di laporkan dalam keadaan stabil.Menurut sumber yg tak rasmi,
Aceshigh telah dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu apabila mengalami sakit perut akibat angin yang tak keluar. Setelah menjalani beberapa ujian intensive, doktor mengesyaki terdapat "batu besar sudah ada duduk" dalam pundi-pundi kencing beliau. Pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan pada pagi esok harinya. Ianya memakan masa berjam-jam dan hanya berakhir pada pukul 7 mlm.Pemain drum maut kumpulan 6ix, Rising Dragon, sempat ditemubual untuk bertanyakan keadaan Aceshigh selepas menjalani pembedahan.
“Oh smlm gua picit sama dia tanya khabar. Dia kata ok jek. Baru balik dari operation. Oleh kerana dia masih dlm keadaan sedar tak sedar akibat teroverdoze, jadi gua tak kuasa nak banyak spelling. Gua cakap dgn dia, lu gie rilex suahh..” ujar beliau.

"..batu besar sudah ada duduk.."
Kepada sahabat handai dan peminat-peminat, anda boleh menziarahi beliau di Hotel Resort Alexandra, Room 7 Bed 15. Dari Queestown MRT ader FREE shuttle service. Jangan lupa bawak buah oren dan biskut dlm tin kerana makanan tidak disediakan utk para pelawat. Terimakasih.
Harap maklom.
ps: Gambar ihsan dari 'Brader Mat' (Abg Mat).



No comments:
Post a Comment