Thursday, 22 October 2009

6ix-Namjahanam goes Latin!

Kumpulan terkental, 6ix-Namjahanam, kini maju setapak lagi menerokai ke benua Latin!

Namjahanam bukan saja bole dilungsuri dilelaman YouTube, Facebook, Reverbnation, jiwang.org, tetapi kini juga terdapat dilelaman jentera carian, Univision.com (American Latin)
Kehebatan kumpulan ini begitu terserlah sehingga mendapat perhatian dibenua-benua berbahasa Latin.

Jika hendak dibandingkan kumpulan-kumpulan rock gergasi seperti Wings & Search, Univision.com tidak pon memaparkan kumpulan-kumpulan itu di jentera carian mereka. Hanya Namjahanam sahaja, satu-satunya kumpulan dari Asia Tenggara yang diberikan keutamaan untuk 'wujud' dilelaman itu.

Siapakah Univision?

Univision adalah sebuah rangkaian television (television network) yang mempromosikan rancangan / movie / muzik untuk para pendengar-pendengar berbahasa Latin di America, Mexico, Puerto Rico & Canada.

Tapi bagaimana muzik Namjahanam diterima oleh orang-orang Latin?

"Muzik itu universal. Kiter nyanyi bahasa bawean pon, kalo lagu kiter tu sedap, orang yg cuma paham bahasa Latin akan suka dgr muzik kiter. Lagipon, mereka dah muak dengan lagu-lagu omputih." jelas Rising Dragon, drummer Namjahanam yg sememangnya paham berbahasa Spanyol.

"Aku bole ler sikit-sikit cakap spanish. Tu pon pasal dulu aku suka tgk La Liga (Liga bolasepak Spanyol). Aku blajar bahasa Spanish dari komentator kat TV tuu.." sambung Rising Dragon lagi, yg juga salah seorang penyokong kelab FC Barcelona.

Kami dari RockTimes.com, mengucapkan syabas kepada 6ix-Namjahanam, kerana terkenal bukan sahaja dibenua nusantara, tetapi juga di benua Latin.

Syabas Namjahanam!

6ix-Namjahanam apreciación más profunda a, Univision.com!

No comments: