Monday, 15 December 2008

Aksi gerun lagi mengerunkan!!!

Potong Pasir (Singapura) - Pada Jumaat lepas, kumpulan 6ix, telah mengadakan upacara Konsert Korban OMD sempena menyambut Hari Raya Korban. Malam itu juga kutipan derma korban telah diadakan untuk mangsa-mangsa korban tanah runtuh dan banjir.

Penganjur majlis yang suci lagi mulia itu, Mr Bernard berkata "Sebagai masyarakat setempat, kita harus menunjukkan belas kasihan dan rasa simpati keatas mangsa-mangsa tragedi tersebut. Ini adalah salah satu cara yang dapat kita lakukan untuk mebantu."

Kutipan derma telah dapat meraih sumbangan 500,000Rp dari orang ramai yang hadir pada malam tersebut.

Salah seorang vocalist utama kumpulan 6ix, AcesHigh, tidak dapat hadir dalam konsert tersebut kerana sedang mengadakan solo tour dan menjalani ibadah korban di Indonesia. Walau bagaimanapun, kumpulan 6ix, telah menjemput seorang lagi penyanyi undangan, Zan 'Loud' Deth, bagi mengantikan tempat AcesHigh.

Penyanyi undangan tetap, Awang 'Thrasher', juga hadir untuk memeriahkan upacara tersebut dan membaca doa syukur.

Dalam pertunjukan malam itu juga, kumpulan 6ix, telah mempamerkan aksi-aksi gerun lagi mengerunkan untuk peminat-peminat yang hadir. Apa yang penting orang ramai tidak berasa kecewa dengan persembahan mereka malam itu.


Aksi gerun - Upacara korban yang sedang dilakukan oleh Voodoo & Jablak

Syabas untuk kumpulan 6ix yang telah berjaya menabur bakti untuk masyarakat sekeliling am nya. Semoga apa yang dilakukan oleh mereka dapat menjadi ikutan artis-artis setempat yang lain. - RockTimes.

No comments: