Friday, 20 June 2008

Anugerah Gothica

[6]ix - Namjahanam

Kami, kumpulan 6ix, berterimakasih kerana telah diundang untuk mengegarkan pentas bagi malam Anugerah Gothica yang bakal dijadualkan tidak lama lagi. Ramai permintaan peminat telah kami dapat, ada menerusi email, surat layang, telefon, telegram, radiogram, mammogram dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Kami akan cuba untuk tidak menghampakan semua permintaan lagu yg diminta jika masa mengizinkan. Begitu juga kepada pengemar muzik 'trash', kami akan sekali lagi menjemput Awang Trasher untuk bersama-sama pada malam tersebut bagi mendendangkan dan menyumbangkan lagu-lagu yang tak sumbang.

Walaupun harga beras naik melambung begitu tinggi, namun segala sanjungan peminat-peminat yang telah membeli album terbaru kami amat dihargai dan 6ix akan memberikan persembahan yang terbaik pada hari itu.

Jadual dan tarikh masih belum dapat ditentukan dari pihak penganjur diatas sebab-sebab keselamatan dalam negeri.

Pengumuman akan diberitahu dalam masa yang terdekat. Sila terus lungsuri laman ini untuk berita selanjutnya. Terimakasih.

Peace No War \m/

No comments: