Singapura - Kumpulan rock terkental, [6]IX, telah mengadakan persembahan konsert amal pada Jumaat lalu buat julung-julung kalinya disini.
Kumpulan yang dibawah naungan, Bunga Tanjong Records itu, baru sahaja selesai melancarkan album terbaru mereka, Purity In The Dust (Suci Dalam Debu) pada awal bulan ini. Album yang berkonsepkan Metal Gothic itu, adalah percubaan yang terbaru, selepas berjaya mengetengahkan irama Heavy Metal pada dua album mereka, Brutally Assed dan Stabbed, sebelum ini
“Metal gothic adalah genre experimental kami. Peminat rock disini kurang terdedah dengan alunan muzik gothic. Hanya lagu-lagu yang bercorakan Rock Dangdut dan Rock Melayu Leleh sahaja yang banyak dimainkan oleh kumpulan-kumpulan band yang lain,” jelas Fangface, pemain gitar utama kumpulan.
Tambah beliau lagi, “Muzik gothic tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan irama Zapin dan Melayu Asli. Cuma masa yang akan menentukan penerimaan peminat muzik disini.”
Pengurus studio Encik Bernard, merangkap pengurusi konsert amal itu berkata, “[6]ix adalah kumpulan yang cukup hebat! Saya mengharapkan mesej damai yang disampaikan dapat diterima oleh penduduk-penduduk kawasan undi Potong Pasir.”
Salah seorang peminat setia kumpulan itu, Puan Saniah Jantan, 60 tahun berkata, beliau tidak pernah terlepas peluang menghadiri konsert [6]ix sejak kumpulan itu ditubuhkan tahun lalu.
“Makcik gemar melihat kedua penyanyi utama kumpulan itu apabila beraksi diatas pentas,” tambah beliau lagi.
Awang Trasher
Konsert amal, Peace To The World, telah dihangatkan lagi dengan kehadiran penyanyi rock solo jemputan, Awang Trasher. Beliau yang begitu popular dengan lagu, Gadis Hong Kong, telah diundang khas dari Australia oleh penaja utama konsert, Malabar Masala Curry Powder, bagi menyemarakan konsert amal yang dihadiri hampir 3000 peminat muzik rock merata pulau.
Sila lungsuri lelaman www.reverbnation.com/6ix untuk menyaksikan petikan gambar-gambar pertunjukan pada malam tersebut. - RockTimes.com




No comments:
Post a Comment